Tuesday, November 19, 2013

Bab 6: Apa itu SOHO

Bab 6: Operasi Dari Rumah


 Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun,  rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.
               Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.
               Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan.  Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
               Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.

Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
               Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.

Bila trend SOHO bermula?
 Kembali kita ketika usia kecil, kedai runcit, kedai makan dan tukang jahit adalah contoh paling mudah. Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa langkah, atau di sebelah rumah sahaja. Tukang jahit biasanya menggunakan ruang di rumah untuk operasi menyiapkan pakaian. Ia masih kekal hingga kini bagi tukang jahit yang beroperasi hanya dari rumah. Dahulu tiada istilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan
Jika kita perhatikan apabila melalui kebanyakan jalan utama atau jalanraya yang sibuk. Didapati tepi kiri dan kanan bahu jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala kecil. Contoh laluan jalan utama yang menghala ke bandar. Jika di kiri jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah, gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin, salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori, kedai runcit untuk barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggan mangkuk, bengkel basikal.
            Apa yang menariknya ialah ada kalangan pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang sebenar. Apa konsep ini. Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di bandar-bandar kecil ia telah lama diamalkan. Kini ramai yang mula memilih kawasan luar bandar yang berlokasikan bandar kecil, mula mendiami kediaman yang bercirikan konsep SOHO.

SOHO moden
Apa yang membezakan dengan jelas SOHO moden ialah perubahan dalam penguasaan dan pengaruh teknologi maklumat. Sudah tentunya internet dijadikan satu lagi medium pemudah cara untuk capaian aktiviti pemasaran yang lebih agresif. Konsep kedai maya atau dikenali juga sebagai kedai online sudah menjadi banyak pilihan buat ramai pemilik SOHO. Ia boleh saja berada di ruang atau sebuah bilik di dalam rumah.
Ia juga dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang semakin baik, sudah ada sistem yang lebih cekap untuk SOHO yang  lebih efisien. Ditambah pula dengan peralatan atau gajet terkini yang membantu memudahkan operasi SOHO trend moden.

Mengapa memilih SOHO?
Bekerja dari rumah- peningkatan dan penguasaan oleh wanita dilihat begitu mendapat tempat. Namun SOHO juga menjadi pilihan ramai lelaki moden yang mengimpikan karier yang lebih bebas dan tidak terikat. Gaya hidup yang lebih santai, dan ada lebih masa bersama keluarga.

Manfaat untuk keluarga
Bagi suami isteri yang memilih bekerja dari rumah adalah satu cara untuk memantau persekolahan dan aktiviti seharian anak-anak. Sudah tentu ini tidak dapat dilakukan oleh ibu bapa yang keluar bekerja jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain berperang dengan pengurusan masa, memilih memiliki pejabat di rumah memberi peluang untuk melakukan banyak kerja serentak.
               Mungkin pada satu-satu masa boleh bekerja dalam tempoh jam yang panjang, tidur lewat demi menyiapkan satu-satu tugas. Namun pada masa yang lain boleh kembali memberi masa santai, kerana ia adalah jadual kerja yang fleksibel.
               Kesempatan untuk mengurangkan kos bisnes seperti sewa pejabat, tetapi sesetengah perkara seperti akaun bisnes tidak boleh diambil mudah. Perancangan bisnes, promosi, pemasaran dan akaun adalah perkara penting dalam urusan bisnes.

Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.

Imej profesional, santai dan konsisten
Ia mungkin mengambil masa untuk berdisplin, stabil dan mengenali corak bekerja dari rumah. Lama-kelamaan ia akan menjadi mudah, sambil meneguk minuman, menyumbat pakaian ke dalam mesin basuh, pada masa yang sama juga menguruskan pesanan melalui emel yang diterima atau menerima panggilan bakal pelanggan.

Perlu ada tarikh akhir
Ia mengambil masa untuk menjadikan rutin disiplin yang konsisten berdasarkan corak bekerja di rumah. Kadangkala kelihatan seperti mudah, pagi hari menyiram pokok, menyelesaikan pakaian kotor atau pada masa yang sama merekabentuk brosur pelanggan, menerima panggilan dan sebagainya.

Tanpa tarikh akhir, bekerja diandaikan tiada sasaran matlamat dan kesan produktiviti. Ia menjadikan pemilik SOHO bebas melakukan apa sahaja. Ya, betul antara kelebihan SOHO adalah fleksibel, tetapi untuk produktiviti kerja atau bisnes perlu ada sasaran yang tepat.

Tanpa pemerhatian, atau kawalan pihak atas, seperti majikan, pemilik soho perlu berdikari untuk bebas bekerja tetapi masih produktif. Anda kini sudah tidak ada lagi pertemuan untuk menghadiri seminar untuk pekerja, sesi makan tengahari bersama teman pejabat, atau apa sahaja kegiatan sosial yang lain.
Persediaan awal SOHO
Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah. Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani menanggung risiko atau tidak. Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah. Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga. Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.

1. Lakukan secara sambilanSekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.

2. Cuti tanpa gajiJika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.

3. Menjana pendapatan sampinganAnda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.

Saturday, November 16, 2013

Bab 11: Perkongsian Pengalaman


Apa yang membuakan puan terus boleh fokus dengan usaha kini.
Saya rasa sangat bersyukur kerana perniagaan yang saya ceburi dapat memberikan saya masa yang “flexible”. Saya boleh berada dirumah bersama kedua-dua anak saya secara ekslusif semasa mereka berumur dari lahir sehingga 6 bulan. Pada awalnya,saya mula menghantar anak-anak ke pusat asuhan untuk saya keluar semula dengan perniagaan sediada.

Bila mana saya rasa kurang bersemangat dalam perniagaan dalam suatu hari saya akan ke pusat asuhan untuk melihat anak saya beraktiviti di sana buat beberapa minit dan kemudian sambung keluar semula berniaga. Jika anak sakit, saya boleh berada selalu dengan anak sehingga pulih mengikut masa yang anak saya perlukan sebelum hantar semula ke pusat asuhan.

Selepas melahirkan anak kedua, saya banyak keluar berniaga di tapak-tapak pejabat kerajaan. ( “booth”). Keluar berniaga dipasaran luar ( offline) sangat menarik kerana saya jumpa ramai kawan-kawan niaga baru dan boleh tambah networking. Saya sukakan semangat kental mereka di dalam perniagaan.

Saya kemudiannya telah membuat keputusan untuk terus fokus berniaga secara online sahaja setelah mendapat permintaan pertama anak sulung kami ketika itu berumur 3 tahun baru pandai bercakap secara jelas dan lancar iaitu mahukan saya mengajarnya di rumah dan tidak mahu ke sekolah lagi. 

Suami sangat menyokong saya untuk terus berada dirumah sepenuhnya bersama anak-anak dan membuat aktiviti belajar sambil bermain dengan anak-anak dirumah. Suami saya telah banyak membantu saya membuat “online marketing “ agar jualan online kami meningkat sama seperti jualan offline. Alhamdulillah kini jualan online lebih mudah berbanding jualan offline tanpa perlu mengangat barangan niaga setiap hari lagi dan anak-anak ada di depan mata. :) Sokongan keluarga adalah penting dalam perniagaan saya. Rakan saya kenalkan kumpulan sokongan untuk ibu-ibu berkerja dari rumah manakala suami pula kenalkan saya dengan kumpulan sokongan Lovely Life dan mendaftarkan saya ke seminar Love being a mother dari kumpulan sokongan tersebut.
Perkongsian Puan S, boleh baca lagi dalam ebook 101 idea home-based bisnes

Ini pula
Apakah momentum dan strategi yang digunakan untuk kekal bekerja dari rumah.
Walaupun saya kini mengusahakan bisnes yang mempunyai outlet, saya kekal bekerja dari rumah sahaja dan insyaAllah akan kekal begitu. Untuk itu, saya memastikan bisnes ini mempunyai 3 perkara agar tidak bergantung kepada saya untuk berada di lokasi sentiasa:
- SOP (standard operation procedure)
- Pekerja yang mahir dan integrity tinggi
- komunikasi yang jelas dan baik antara semua pihak terlibat
Jangan takut untuk memberikan tanggungjawab dan kuasa kepada pekerja yang sepatutnya. Agar beban kerja anda berkurangan dan lebih banyak dapat dicapai dengan sinergi tenaga ramai orang berbanding hanya kita sahaja. Dengan adanya 3 perkara di atas, insyaAllah bisnes ini tidak bergantung kepada saya untuk beroperasi.
Untuk saya pula, saya kini mempunyai masa bekerja yang jelas walaupun fleksibel.

Saya peruntukkan kerja-kerja ‘berat’ yang memerlukan fokus, strategi dan pemikiran pada masa yang paling optimum untuk saya – selepas tengah malam. Siang hari saya memantau progress bisnes melalui komunikasi dengan staff dan pelanggan menerusi mobile application seperti fanpage, whatsapp, kakao talk etc sambil menguruskan rumah dan anak-anak. Malam, selepas anak tidur adalah masa untuk saya mengemas rumah dan berehat. Selalunya saya akan tidur sebentar dan bangun selepas beberapa jam untuk fokus kepada urusan bisnes pula. Setakat ini, pembahagian masa sebegini tidak membebankan saya dan dapat memberikan momentum harian yang sangat diperlukan. Namun, saya sangat fleksible dan bersedia untuk mengubah rutin ini mengikut keadaan dan permintaan keluarga dan bisnes. Inilah kecantikan bekerja dari rumah. 

Perkongsian Puan M

Siapa mereka, kalian boleh baca dalam naskah ebook 101 idea home-based bisnes ;)

Monday, November 4, 2013

Mula bisnes tanpa modal


Bab 2: Mula bisnes tanpa modal

Mula dengan bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.
Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosi barang-barang tersebut di facebook, fan page, blog, web jualan dan sebagainya.
Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog.
Kemudian mempromosi kepada pelangga. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen.
Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar pula kepada pembekal.
Pembekal akan menguruskan penghantaran produk.
.Status penghantaran dimaklumkan kepada agen.
Agen akan memaklumkan status penghantaran, kod penghantaran dan juga tarikh barang dihantar.
Agen akan berurusan dengan pelanggan, juga berurusan dengan pembekal. Maksudnya di sini agen adalah perantaran antara pembekal dan pelanggan.
Kumpul modal dari komisyen
Ok, konsep dropship ini sangat mudah untuk diuruskan. Usahawan hanya perlu ada komputer dan internet. Juga mempunyai senarai pembekal yang aktif menawarkan produk. Hanya google kata carian dropship. Pilih produk yang mempunyai agihan komisyen yang tinggi, contoh RM50, buat sasaran jualan harian, RM100 sehari untuk dapatkan pendapatan bersih RM3k sebulan.
RM3k sebulan ini boleh disimpan sebagai modal. Simpan dan lupakan. Ini juga satu latihan yang sangat bagus, iaitu latihan menjual, mempromosi dan meningkatkan ilmu pemasaran. Kekalkan momentum jualan setiap bulan, buat rekod dan pelabagaikan strategi.
Kekalkan fokus mendapat jualan harian minima RM100 sehari, dan tingkatkan lagi jumlahnya dari masa ke semasa. Cabar diri.