Wednesday, March 5, 2014

Miliki sekarang!









Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes

Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal

Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat

Bab 4: Strategi Pemasaran Online

Bab 5: Strategi Pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Bab 7: Khidmat pelanggan Online

Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal

Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah

Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah

Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


Bayar di sini Bayar di sini, RM50 (pn.masayu@gmail.com)






Monday, March 3, 2014

101 Idea Home-Based Bisnes

Menjual sarapan pagi
Jika kita imbas kembali, ketika kita kecil dahulu, bisnes masakan pagi atau sarapan pagi adalah pilihan popular bagi surirumah. Ini kerana ia adalah paling mudah untuk dilakukan. Selain jenis menu berat, sarapan pagi juga boleh berkaitan dengan kuih-muih tradisi.
Bisnes makanan sarapan pagi adalah paling ideal bagi kalian yang suka memasak. Sama ada memilih masak di rumah dan letak sahaja beberapa lokasi, contoh di beberapa kedai makan, stesyen minyak dan sebagainya. Pilih hanya beberapa menu sahaja, sarapan nasi lemak, nasi gorneg, nasi berlauk, bihun goreng, mee goreng.

Boleh juga hanya buka gerai yang berdekatan dengan rumah. Bisnes ini biasanya hanya beroperasi jam 7 hingga 10 pagi sahaja.

Untuk tujuan promosi masih boleh menggunakan platform facebook dan blog untuk tujuan promosi. Sediakan khidmat pesanan dan penghantaran produk, bagi nilai tambah bisnes ini. Contohnya bagi yang berminat untuk tujuan membawa ke pejabat, boleh tempah secara online dan mengambil tempahan ini di lokasi berdekatan rumah atau dari rumah pemilik bisnes.

Terma dan syarat yang wajib adalah, membayar terlebih dahulu dan pengesahan tarikh. Ini untuk mengelakkan usahawan rugi dan masalah pembatalan tempahan saat akhir.

2. Jualan menu tengahari
Ini boleh dilakukan oleh surirumah yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar. Perkhidmatan menu tengahari berdasarkan pakej makanan. Sediakan juga promosi melalui blog, laman web dan facebook.

Surirumah boleh menyediakan kepelbagaian menu mengikut hari, contohnya,
Isnin- Menu Barat
Selasa- Hidangan ala carte
Rabu -Nasi lauk kampung
Khamis- Nasi Arab
Jumaat- Nasi tomato

Di atas adalah contoh sahaja. Boleh pelbagaikan pakej, penghantaran ke sekitar pejabat atau lokasi 'pengambilan'.

Order perlu dibuat beberapa hari sebelum, atau sediakan borang tempahan yang lengkap. Suri yang mahu buat operasi ini perlu membuat kajian kawasan terlebih dahulu untuk mengetahui maklumbalas awal pelanggan.


3. Membekal makanan bajet pelajar
Sekiranya berada di persekitaran kolej, universiti, pusat pengajian. Ini juga salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Buat menu dan pilihan bajet untuk pelajar. Selalunya pelajar suka untuk mendapatkan makanan.

Pilih satu lokasi penghantaran makanan pada masa sekian-sekian. Boleh juga mengambil beberapa pelajar sebagai pekerja sambilan, iaitu menjalankan promosi sekitar kediaman pelajar dan mendapatkan tempahan. Gunakan sepenuhnya kemudahan teknologi dan penyebaran promosi melalui facebook dan blog.



1.      4. Katering kecil-kecilan
Ini juga kategori bisnes kecil yang boleh dijalankan operasinya dari rumah. Manakala tempahan adalah berdasaran lokasi yang ditempah pelanggan. Kebanyakan masyarakat kini semakin sibuk dan tidak sempat untuk menyediakan sendiri. Katering kecil-kecilan boleh difokuskan kepada kategori majlis keraian, majlis jamuan pagi, majlis perpisahan, rumah terbuka musim perayaan, majlis aktiviti seminar untuk syarikat, jabatan kerajaan dan sebagainya.
Pemilik bisnes boleh menyediakan pakej yang sesuai, berdasarkan bilangan tempahan 50, 100, 200 dan sebagainya mengikut bilangan orang yang akan dirai.
Bakal pelanggan perlu bertemu dahulu, atau membuat perbincangan awal, untuk menentukan harga. Kos modal termasuk penyediaan bahan memasak, kos penghantaran, alatan yang digunakan, kos pekerja dan sebagainya. Bisnes katering kecilan ini juga sangat sesuai bagi surirumah yang mempunyai bakat memasak. Boleh mulakan dengan sekitar kawasan perumahan terlebih dahulu, dan mula kembangkan lagi promosi sekitar kawasan pejabat.

5. Bisnes kek dan roti
Bisnes kek dan roti, adalah salah satu bisnes pilihan popular di kalangan wanita. Sebagai permulaan bagi wanita yang mahu memulakan bisnes ini boleh mencari kursus kemahiran iaitu kursus asas yang ditawarkan oleh usahawan yang mengadakan kelas atau juga anjuran kolej.
Sebagai permulaan boleh dilakukan dirumah dan menerima tempahan berskala kecil. Kek dan roti juga sesuai dijadikan tempahan untuk majlis keraian, hari jadi, majlis doa selamat, pertunangan dan juga perkahwinan.

Dapatkan lebih banyak idea di sini dan keterangan dalam Bab 1 ebook ini.

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bisnes Makanan
1. Bisnes Sarapan Pagi
2. Jualan Menu Tengahari
3. Membekal/Menjual Menu Bajet Pelajar
4. Katering Kecil-Kecilan
5. Kek Dan Roti
6. Pek Rempah Ratus/  Resipi Mudah Suri Rumah
7. Makanan Sejuk Beku
8. Makanan Tradisi
9. Pelbagai Kerepek/ Keropok Pilihan Popular
10. Kelas Masakan
Bisnes Kreatif
11. Gubahan
12. Pereka Grafik
13. Arkitek
14. Tukang Jahit
15. Permainan Pendidikan
16. Kraftangan
17. Cenderahati Majlis Keraian
18. Pembekal Alat Jahitan
19. Kraftangan Landskap
20. Sulaman Dan Jahitan Manik
Bisnes Pendidikan
21. Kelas Al-Quran Kanak-Kanak
22.  Kelas Al-Quran Dewasa
23.  Menjual Buku-Buku Rujukan, Al-Quran, Alat Bantu Mengajar
24. Kelas Pengkhususan Bahasa ( Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin)
25. Kelas Keusahawanan ( Kelas Pembangunan Bisnes,  Kelas Pemasaran Online, Kelas Kewangan/Akaun)
26. Kelas Bacaan Awal (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi, Bahasa Arab)
Contoh Read Network
27. Tuisyen Di Rumah
28. Tutor Mengikut Subjek
29. Jualan Buku-Buku Pendidikan/ Alat Bantu Mengajar
30. Kelas Pengurusan Kewangan (Akuan Isi Rumah, Peribadi, Bisnes)


Bisnes Online
31. Butik Online
32. Produk Digital
33. Produk Fizikal
34. Dropship
35. Konsultan Online
36. Dropship
37. Affiliate
38. Kelas Online
39. Pemasaran Online
Bisnes Offline
40. Transit Pelajar Sekolah
41. Kelas Masakan
42. Kelas Jahitan
43. Pusat Asuhan
44. Perkhidmatan Pembersihan Rumah
45. Perkhidmatan Pembersihan Premis
46. Penternak Lembu Dan Kambing
47. Jagaan Harian, Kanak-Kanak, Orang Tua
48. Tukang Masak Peribadi
49. Perkhidmatan Fotografi
50. Butik
51. Pusat Latihan Jahitan
52. Kedai Jahitan
53. Pembekal pakaian
54. Pereka Fesyen
55. Pakar Sulaman
56. Kelengkapan Pengantin
57. Barangan Pertanian
58. Makanan Mentah/ Buah-Buahan Segar
59. Ayam Proses Segar
60. Butik Pakaian Ibu Hamil/ Kanak-Kanak
Bisnes Perkhidmatan
61. Gunting Rambut
62. Pakar Ibu Bapa
63. Pakar Pemasaran Online
64. Servis ala ganti/ kereta/motorsikal/basikal (bengkel)
65. Perancang Majlis Kewangan
66. Perunding Majlis
67. Agen Pembelian Rumah
68. Homestay
69. Perunding Insuran
Aksesori/ Hadiah
71: Aneka Hamper
71. Beng Tangan Wanita
72. Aksesori Lelaki
73. Perhiasan Rumah/ Dekorasi
74. Barangan Kemas
75. Aksesori Kanak-Kanak Perempuan
76. Peralatan Kelengkapan Bayi
77.  Dekorasi Dapur/ Peralatan
78. Peralatan Gubahan Perkahwinan/ Pertunangan
79. Peralatan Majlis Keraian
80. Cenderamata Pelbagai Jenis Majlis


Bisnes Kesihatan
81. Bekam
82. Rawatan bersalin dan berpantang
83. Urutan tradisional
84. Salun di rumah
85. Refleksologi
86. Perunding Kesihatan
87. Makanan Sunnah
88. Makanan Kesihatan/ Suplemen
89. Kaedah Rawatan Alternatif
90. Rawatan Perubatan Islam
Bisnes Kecantikan
91. Produk Menurunkan Berat Badan
92. Produk Pencerahan Kulit
93. Produk Awet Muda
94. Set Bersalin/ Berpantang
95. Set Kehamilan

Bisnes Gerai (depan rumah)
96. Gerai Burger-petang hingga malam
97. Gerai nasi lemak-pagi atau petang
98. Gerai Char Kuew Tieau
99. Gerai kuih-muih petang
100. Gerai nasi bungkus
101. Gerai pulut cendol/ Abc/Keropok

Tuesday, November 19, 2013

Bab 6: Apa itu SOHO

Bab 6: Operasi Dari Rumah


 Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun,  rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.
               Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.
               Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan.  Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
               Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.

Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
               Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.

Bila trend SOHO bermula?
 Kembali kita ketika usia kecil, kedai runcit, kedai makan dan tukang jahit adalah contoh paling mudah. Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa langkah, atau di sebelah rumah sahaja. Tukang jahit biasanya menggunakan ruang di rumah untuk operasi menyiapkan pakaian. Ia masih kekal hingga kini bagi tukang jahit yang beroperasi hanya dari rumah. Dahulu tiada istilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan
Jika kita perhatikan apabila melalui kebanyakan jalan utama atau jalanraya yang sibuk. Didapati tepi kiri dan kanan bahu jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala kecil. Contoh laluan jalan utama yang menghala ke bandar. Jika di kiri jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah, gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin, salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori, kedai runcit untuk barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggan mangkuk, bengkel basikal.
            Apa yang menariknya ialah ada kalangan pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang sebenar. Apa konsep ini. Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di bandar-bandar kecil ia telah lama diamalkan. Kini ramai yang mula memilih kawasan luar bandar yang berlokasikan bandar kecil, mula mendiami kediaman yang bercirikan konsep SOHO.

SOHO moden
Apa yang membezakan dengan jelas SOHO moden ialah perubahan dalam penguasaan dan pengaruh teknologi maklumat. Sudah tentunya internet dijadikan satu lagi medium pemudah cara untuk capaian aktiviti pemasaran yang lebih agresif. Konsep kedai maya atau dikenali juga sebagai kedai online sudah menjadi banyak pilihan buat ramai pemilik SOHO. Ia boleh saja berada di ruang atau sebuah bilik di dalam rumah.
Ia juga dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang semakin baik, sudah ada sistem yang lebih cekap untuk SOHO yang  lebih efisien. Ditambah pula dengan peralatan atau gajet terkini yang membantu memudahkan operasi SOHO trend moden.

Mengapa memilih SOHO?
Bekerja dari rumah- peningkatan dan penguasaan oleh wanita dilihat begitu mendapat tempat. Namun SOHO juga menjadi pilihan ramai lelaki moden yang mengimpikan karier yang lebih bebas dan tidak terikat. Gaya hidup yang lebih santai, dan ada lebih masa bersama keluarga.

Manfaat untuk keluarga
Bagi suami isteri yang memilih bekerja dari rumah adalah satu cara untuk memantau persekolahan dan aktiviti seharian anak-anak. Sudah tentu ini tidak dapat dilakukan oleh ibu bapa yang keluar bekerja jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain berperang dengan pengurusan masa, memilih memiliki pejabat di rumah memberi peluang untuk melakukan banyak kerja serentak.
               Mungkin pada satu-satu masa boleh bekerja dalam tempoh jam yang panjang, tidur lewat demi menyiapkan satu-satu tugas. Namun pada masa yang lain boleh kembali memberi masa santai, kerana ia adalah jadual kerja yang fleksibel.
               Kesempatan untuk mengurangkan kos bisnes seperti sewa pejabat, tetapi sesetengah perkara seperti akaun bisnes tidak boleh diambil mudah. Perancangan bisnes, promosi, pemasaran dan akaun adalah perkara penting dalam urusan bisnes.

Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.

Imej profesional, santai dan konsisten
Ia mungkin mengambil masa untuk berdisplin, stabil dan mengenali corak bekerja dari rumah. Lama-kelamaan ia akan menjadi mudah, sambil meneguk minuman, menyumbat pakaian ke dalam mesin basuh, pada masa yang sama juga menguruskan pesanan melalui emel yang diterima atau menerima panggilan bakal pelanggan.

Perlu ada tarikh akhir
Ia mengambil masa untuk menjadikan rutin disiplin yang konsisten berdasarkan corak bekerja di rumah. Kadangkala kelihatan seperti mudah, pagi hari menyiram pokok, menyelesaikan pakaian kotor atau pada masa yang sama merekabentuk brosur pelanggan, menerima panggilan dan sebagainya.

Tanpa tarikh akhir, bekerja diandaikan tiada sasaran matlamat dan kesan produktiviti. Ia menjadikan pemilik SOHO bebas melakukan apa sahaja. Ya, betul antara kelebihan SOHO adalah fleksibel, tetapi untuk produktiviti kerja atau bisnes perlu ada sasaran yang tepat.

Tanpa pemerhatian, atau kawalan pihak atas, seperti majikan, pemilik soho perlu berdikari untuk bebas bekerja tetapi masih produktif. Anda kini sudah tidak ada lagi pertemuan untuk menghadiri seminar untuk pekerja, sesi makan tengahari bersama teman pejabat, atau apa sahaja kegiatan sosial yang lain.
Persediaan awal SOHO
Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah. Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani menanggung risiko atau tidak. Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah. Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga. Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.

1. Lakukan secara sambilanSekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.

2. Cuti tanpa gajiJika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.

3. Menjana pendapatan sampinganAnda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.

Saturday, November 16, 2013

Bab 11: Perkongsian Pengalaman


Apa yang membuakan puan terus boleh fokus dengan usaha kini.
Saya rasa sangat bersyukur kerana perniagaan yang saya ceburi dapat memberikan saya masa yang “flexible”. Saya boleh berada dirumah bersama kedua-dua anak saya secara ekslusif semasa mereka berumur dari lahir sehingga 6 bulan. Pada awalnya,saya mula menghantar anak-anak ke pusat asuhan untuk saya keluar semula dengan perniagaan sediada.

Bila mana saya rasa kurang bersemangat dalam perniagaan dalam suatu hari saya akan ke pusat asuhan untuk melihat anak saya beraktiviti di sana buat beberapa minit dan kemudian sambung keluar semula berniaga. Jika anak sakit, saya boleh berada selalu dengan anak sehingga pulih mengikut masa yang anak saya perlukan sebelum hantar semula ke pusat asuhan.

Selepas melahirkan anak kedua, saya banyak keluar berniaga di tapak-tapak pejabat kerajaan. ( “booth”). Keluar berniaga dipasaran luar ( offline) sangat menarik kerana saya jumpa ramai kawan-kawan niaga baru dan boleh tambah networking. Saya sukakan semangat kental mereka di dalam perniagaan.

Saya kemudiannya telah membuat keputusan untuk terus fokus berniaga secara online sahaja setelah mendapat permintaan pertama anak sulung kami ketika itu berumur 3 tahun baru pandai bercakap secara jelas dan lancar iaitu mahukan saya mengajarnya di rumah dan tidak mahu ke sekolah lagi. 

Suami sangat menyokong saya untuk terus berada dirumah sepenuhnya bersama anak-anak dan membuat aktiviti belajar sambil bermain dengan anak-anak dirumah. Suami saya telah banyak membantu saya membuat “online marketing “ agar jualan online kami meningkat sama seperti jualan offline. Alhamdulillah kini jualan online lebih mudah berbanding jualan offline tanpa perlu mengangat barangan niaga setiap hari lagi dan anak-anak ada di depan mata. :) Sokongan keluarga adalah penting dalam perniagaan saya. Rakan saya kenalkan kumpulan sokongan untuk ibu-ibu berkerja dari rumah manakala suami pula kenalkan saya dengan kumpulan sokongan Lovely Life dan mendaftarkan saya ke seminar Love being a mother dari kumpulan sokongan tersebut.
Perkongsian Puan S, boleh baca lagi dalam ebook 101 idea home-based bisnes

Ini pula
Apakah momentum dan strategi yang digunakan untuk kekal bekerja dari rumah.
Walaupun saya kini mengusahakan bisnes yang mempunyai outlet, saya kekal bekerja dari rumah sahaja dan insyaAllah akan kekal begitu. Untuk itu, saya memastikan bisnes ini mempunyai 3 perkara agar tidak bergantung kepada saya untuk berada di lokasi sentiasa:
- SOP (standard operation procedure)
- Pekerja yang mahir dan integrity tinggi
- komunikasi yang jelas dan baik antara semua pihak terlibat
Jangan takut untuk memberikan tanggungjawab dan kuasa kepada pekerja yang sepatutnya. Agar beban kerja anda berkurangan dan lebih banyak dapat dicapai dengan sinergi tenaga ramai orang berbanding hanya kita sahaja. Dengan adanya 3 perkara di atas, insyaAllah bisnes ini tidak bergantung kepada saya untuk beroperasi.
Untuk saya pula, saya kini mempunyai masa bekerja yang jelas walaupun fleksibel.

Saya peruntukkan kerja-kerja ‘berat’ yang memerlukan fokus, strategi dan pemikiran pada masa yang paling optimum untuk saya – selepas tengah malam. Siang hari saya memantau progress bisnes melalui komunikasi dengan staff dan pelanggan menerusi mobile application seperti fanpage, whatsapp, kakao talk etc sambil menguruskan rumah dan anak-anak. Malam, selepas anak tidur adalah masa untuk saya mengemas rumah dan berehat. Selalunya saya akan tidur sebentar dan bangun selepas beberapa jam untuk fokus kepada urusan bisnes pula. Setakat ini, pembahagian masa sebegini tidak membebankan saya dan dapat memberikan momentum harian yang sangat diperlukan. Namun, saya sangat fleksible dan bersedia untuk mengubah rutin ini mengikut keadaan dan permintaan keluarga dan bisnes. Inilah kecantikan bekerja dari rumah. 

Perkongsian Puan M

Siapa mereka, kalian boleh baca dalam naskah ebook 101 idea home-based bisnes ;)

Monday, November 4, 2013

Mula bisnes tanpa modal


Bab 2: Mula bisnes tanpa modal

Mula dengan bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.
Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosi barang-barang tersebut di facebook, fan page, blog, web jualan dan sebagainya.
Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog.
Kemudian mempromosi kepada pelangga. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen.
Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar pula kepada pembekal.
Pembekal akan menguruskan penghantaran produk.
.Status penghantaran dimaklumkan kepada agen.
Agen akan memaklumkan status penghantaran, kod penghantaran dan juga tarikh barang dihantar.
Agen akan berurusan dengan pelanggan, juga berurusan dengan pembekal. Maksudnya di sini agen adalah perantaran antara pembekal dan pelanggan.
Kumpul modal dari komisyen
Ok, konsep dropship ini sangat mudah untuk diuruskan. Usahawan hanya perlu ada komputer dan internet. Juga mempunyai senarai pembekal yang aktif menawarkan produk. Hanya google kata carian dropship. Pilih produk yang mempunyai agihan komisyen yang tinggi, contoh RM50, buat sasaran jualan harian, RM100 sehari untuk dapatkan pendapatan bersih RM3k sebulan.
RM3k sebulan ini boleh disimpan sebagai modal. Simpan dan lupakan. Ini juga satu latihan yang sangat bagus, iaitu latihan menjual, mempromosi dan meningkatkan ilmu pemasaran. Kekalkan momentum jualan setiap bulan, buat rekod dan pelabagaikan strategi.
Kekalkan fokus mendapat jualan harian minima RM100 sehari, dan tingkatkan lagi jumlahnya dari masa ke semasa. Cabar diri.

Thursday, October 24, 2013

Bab 7 Khidmat Pelanggan Online



Mengenali pelanggan

Ok, baik bagi suri yang bekerja di rumah atau operasi bekerja di rumah. Terdapat beberapa pilihan produk dan servis.

1. Produk fizikal
2. Produk digital
3. Servis fizikal
4. Servis digital

Dalam konteks mengenali pelanggan, saya mahu menyentuh dalam bab ini mengenali pelanggan. Sebelum kita membuat perancangan menjual sesuai produk, sudah tentu kita perlu kenalpasti siapa sasaran pelanggan. Sama ada pelanggan tersebut perlu berjumpa secara fizikal atau secara maya sahaja.

Kebanyakan pemilik bisnes dari rumah, mempunyai kelebihan iaitu mengenali pelanggan melalui online tanpa batas. Sama ada ia secara langsung atau tidak langsung.

Bagaimana mengenali pelanggan secara tidak langsung. Contohnya komunikasi kita bersama pelanggan melalui kedai online, melalui blog dan juga melalui urusan jual beli.

Pelanggan baru
Pelanggan baru biasanya, pelanggan kali pertama urusniaga dengan kita. Sama ada kita akan terus bina hubungan dengan pelanggan tersebut atau sekali sahaj urusniaga.

Pelanggan di kalangan teman rapat atau saudara mara
Ini juga pelanggan. Mudah lagi melalui medan sosial seperti fb, sangat mudah untuk kita membina hubungan, mengekal hubungan seterusnya ada berlaku transaksi kewangan melalui produk dan servis yang kita tawarkan.

Pelanggan setia
Pelanggan ini kita jaga dan bina hubungan. Sama ada melalui hubungan komunikasi secara maya atau secara fizikal. Pun begitu, banyak kelebihan mempunyai pelanggan setia, kerana setiap kali ada produk atau promosi baru pelanggan ini setia membeli dan tidak pernah ketinggalan. Bina seberapa banyak pelanggan setia. Ia sangat penting untuk kelangsungan bisnes. Tambah dari masa ke semasa.

Pelanggan mudah diurus
Pelanggan sebegini tidak banyak kerenah, sekali tanya harga dan terus beli. Apabila ada masalah, diterangkan mudah faham dan mudah menerima respon dengan baik.

Pelanggan cerewet
Pelanggan sebegini dapat dikenalpasti seawal dia bertanyakan harga. Sama ada dia berwang atau sebaliknya. Minimakan dengan pelanggan sebegini, sekiranya lebih banyak emosi yang tidak berbaloi lupakan sahaja wangnya. Terus sedia dengan pelanggan yang mudah diurus dan mudah dalam urus niaga.

Pelanggan online
Nama pun bekerja dari rumah, sangat mudah untuk kita berinteraksi tanpa bertemu muka. Hanya perlu online, melalui gajet, hp, media sosial dan pelbagai cara. Banyak kelebihan melayan pelanggan online berbanding pelanggan bertemu secara fizikal.

Pelanggan fizikal
Ada sesetengah urusniaga memerlukan berjumap dengan pelanggan. Pun begitu terpulang kepada pemilik bisnes, sama ada perlu berjuma di sesuatu lokasi atau pejabat di rumah. Sekiranya perlu berjumpa di pejabat di rumah, pastikan perkara berkaitan keselamatan perlu diambil perhatian.

Tuesday, October 22, 2013

Bab 9: Strategi Pemasaran Rasulullah

"Sesungguhnya, telah ada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu 'iaitu' bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah."
-Surah Al-Ahzab:21)

Muhammada s.a.w adalah model usahawan menyeluruh. Baginda adalah contoh terbaik dalam perniagaan dan Islam, sejarah sudah mencatatkan bahawa Rasulullah s.awa adalah seorang pedagang berjaya dan reputasinya setanding antarabangsa.

Sudah diasuh sejak dari kecil
Rasulullah s.a.w dilahirkan ketika kaum Quraisy mencapai kejayaan dalam bidang perdagaganga. Sejak kecil, berada dalam asuhan datuknya seorang pedangan ulung, Abdul Mutalib.

Selepas datuknya meninggal, baginda tinggal bersama pakciknya juga seorang peniaga. Baginda berinisiatif mempelajari bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Pada masa itu, baginda memberli barang-barang dari satu pasar kemudian menjualnya kepada orang lain.

Pada masa itu tidak dinafikan, baginda tergolong sebagai pemuda miskin yang memulakan perniagaan dari tahap paling awal.

Kemudian baginda juga bekerja dengan orang lain untuk mendapatkan upah, dan kadangkala menjadi agen kepada peniaga kaya yang ada di kota Mekah.

Dalam hal mencari rezeki yang halal, baginda terkenal sebagai pemuda bersungguh-sungguh, tekun dan cermat dalam bidangnya. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan seharian. Tetapi ini adalah salah satu usaha membentuk reputasi yang baik dengan pelanggan dan juga pelabur.

Usahasama dengan janda kaya Khadijah

Peribadi baginda yang jujur (siddiq) dan dipercayai (amin) adalah modal utama dalam mengembangkan perniagaan yang ditekuni. Ramai pelabur Mekah pada masa itu selesa menjalani kerjasama dengan baginda, baik berupa sistem upah mahupun hasil.

Rasulullah s.a.w kemudiannya menjadi pengelola (mudharib) dan Khadijah sebagai rakan kongsi tidur (Shahibul maal). Mereka sama-sama berkongsi kerugian dan keuntungan. Masa sulit yang dihadapi Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan terjadi ketika baginda berusia 17 hingga 20 tahun. Pada masa itu baginda perlu berdikari menghadapi pesaing yang jauh lebih berpengalaman (senior) dari baginda.



Bisnes bukan sekadar keuntungan material, tetapi sebagai saluran ibadah untuk kebahagian dunia dan akhirat.

"Barang siapa yang pulang ke rumahnya di petang hari dan merasakan keletihan kerana dia  kedua-dua tangannya bekerja di siang hari, maka pada malam itu dia akan mendaoat ampunan Allah s.w.r (HR.Tabrani)

-Berpandukan hadis di atas, beberapa langkah praktikal menjadikan bisnes sebagai tiket menuju kebahagiaan akhirat.

Ciri-ciri usahawan produktif

-Sentiasa berikap proaktif, kreatif iaitu benar-benar berusaha luar biasa bukan sekadar masuk senarai atau kerja hanya melepas batuk di tangga
-Niat melakukan usaha kerana Allah, dengan demikian aktiviti yang  dilakukan dipermudahkan.
-Sentiasa fokus dan jelas dengan matlamat yang dikerjakan.
-Berfikiran positif (husnuzham)
-Menjaga kualiti kemampuan diri dengan melaksanakan dengan cara terbaik dan rasa tanggungjawab setiap amanah yang diberikan.

Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan

1. Rasulullah s.a.w adalah pakar ekonomi
- Sejarah telah membuktikan bahaiman Islam di bawah kepimpinan bagina mampu membuat penyelesaian yang menimpa pada masa itu. Pelbagai kaedah dan usaha dilakukan bagina untuk menyelamatkan umat dari krisis ekonomi dan kemiskinan.
-Contohnya dalam peristiwa hijrah ke Madinan.  Ketika tempoh berada di Madinan, baginda menghadapi masalah dakwah Islam dan penyebaran ajarannya, tetapi juga pemasalah ekonomi yang rumit.
- Masalah perpindahjan penduduk secara besar-besaran dari Mekah ke Madinan yang masih lemah ekonomi dan kestabilan, menuntut baginda berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.
-Ini memberi kesan dan boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan antara penduduk asal dan pendatang yang hadir. Tambahan pula orang-orang Yahudi terganggu, kerana penguasaan ekonomi Madinah masih berada dalam kekuasaan mereka.
-Terdapat tiga persolana asas menuntut untuk diselesaikan iaitu pertama tempat tinggal kaum Muhajirin yang telah meninggalkan kampung halaman. Kedua, kesejahteraan sama rata, ketiga masalah pengangguran.

Untuk mengatasi tiga masalah tersebut, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Langkah ini adalah terbaik, dalam mempertimbangkan sisi kemanusia dan ekonomi, pada masa yang sama masih berlandaskan prinsip agama.

Setelah kestabilan dicapai, baginda juga  mengadakan perjanjian dengan bangsa Yahudi di Madinah. Salah satu isi perjanjian ialah, baik muslim mahupun Yahudi, perlu terlibat secara aktif dalam menjaga keamanan Madinah dari serangan luar.