Apa
yang membuakan puan terus boleh fokus dengan usaha kini.
Saya rasa sangat
bersyukur kerana perniagaan yang saya ceburi dapat memberikan saya masa yang
“flexible”. Saya boleh berada dirumah bersama kedua-dua anak saya secara
ekslusif semasa mereka berumur dari lahir sehingga 6 bulan. Pada awalnya,saya
mula menghantar anak-anak ke pusat asuhan untuk saya keluar semula dengan
perniagaan sediada.
Bila mana saya
rasa kurang bersemangat dalam perniagaan dalam suatu hari saya akan ke pusat
asuhan untuk melihat anak saya beraktiviti di sana buat beberapa minit dan
kemudian sambung keluar semula berniaga. Jika anak sakit, saya boleh berada
selalu dengan anak sehingga pulih mengikut masa yang anak saya perlukan sebelum
hantar semula ke pusat asuhan.
Selepas melahirkan
anak kedua, saya banyak keluar berniaga di tapak-tapak pejabat kerajaan. (
“booth”). Keluar berniaga dipasaran luar ( offline) sangat menarik kerana saya
jumpa ramai kawan-kawan niaga baru dan boleh tambah networking. Saya sukakan
semangat kental mereka di dalam perniagaan.
Saya kemudiannya
telah membuat keputusan untuk terus fokus berniaga secara online sahaja setelah
mendapat permintaan pertama anak sulung kami ketika itu berumur 3 tahun baru
pandai bercakap secara jelas dan lancar iaitu mahukan saya mengajarnya di rumah
dan tidak mahu ke sekolah lagi.
Suami sangat menyokong saya untuk terus berada
dirumah sepenuhnya bersama anak-anak dan membuat aktiviti belajar sambil
bermain dengan anak-anak dirumah. Suami saya telah banyak membantu saya membuat
“online marketing “ agar jualan online kami meningkat sama seperti jualan
offline. Alhamdulillah kini jualan online lebih mudah berbanding jualan offline
tanpa perlu mengangat barangan niaga setiap hari lagi dan anak-anak ada di
depan mata. :) Sokongan keluarga adalah penting dalam perniagaan saya. Rakan
saya kenalkan kumpulan sokongan untuk ibu-ibu berkerja dari rumah manakala
suami pula kenalkan saya dengan kumpulan sokongan Lovely Life dan mendaftarkan
saya ke seminar Love being a mother dari kumpulan sokongan tersebut.
Perkongsian Puan S, boleh baca lagi dalam ebook 101 idea home-based bisnesIni pula
Apakah momentum dan strategi yang digunakan untuk kekal bekerja
dari rumah.
Walaupun saya kini mengusahakan bisnes yang mempunyai outlet, saya
kekal bekerja dari rumah sahaja dan insyaAllah akan kekal begitu. Untuk itu,
saya memastikan bisnes ini mempunyai 3 perkara agar tidak bergantung kepada
saya untuk berada di lokasi sentiasa:
- SOP (standard operation procedure)
- Pekerja yang mahir dan integrity tinggi
- komunikasi yang jelas dan baik antara semua pihak terlibat
Jangan takut untuk memberikan tanggungjawab dan kuasa kepada
pekerja yang sepatutnya. Agar beban kerja anda berkurangan dan lebih banyak
dapat dicapai dengan sinergi tenaga ramai orang berbanding hanya kita sahaja.
Dengan adanya 3 perkara di atas, insyaAllah bisnes ini tidak bergantung kepada
saya untuk beroperasi.
Untuk
saya pula, saya kini mempunyai masa bekerja yang jelas walaupun fleksibel.
Saya
peruntukkan kerja-kerja ‘berat’ yang memerlukan fokus, strategi dan pemikiran
pada masa yang paling optimum untuk saya – selepas tengah malam. Siang hari
saya memantau progress bisnes melalui komunikasi dengan staff dan pelanggan
menerusi mobile application seperti fanpage, whatsapp, kakao talk etc sambil
menguruskan rumah dan anak-anak. Malam, selepas anak tidur adalah masa untuk
saya mengemas rumah dan berehat. Selalunya saya akan tidur sebentar dan bangun
selepas beberapa jam untuk fokus kepada urusan bisnes pula. Setakat ini,
pembahagian masa sebegini tidak membebankan saya dan dapat memberikan momentum
harian yang sangat diperlukan. Namun, saya sangat fleksible dan bersedia untuk
mengubah rutin ini mengikut keadaan dan permintaan keluarga dan bisnes. Inilah
kecantikan bekerja dari rumah.
Perkongsian Puan M
Siapa mereka, kalian boleh baca dalam naskah ebook 101 idea home-based bisnes ;)
No comments:
Post a Comment